Posted by: azy a.k.a tjs | August 22, 2008

End Of KISAH KASIH KAMU….move to CINTA TAJ MAHAL

Sampai bila????

End of KISAH KASIH KAMU…cerita yang agak berat bagi aku,tapi aku yakin kini si gadis sudah temui jawapan.

 

Cerita kali ini bagi aku lebih berat lagi dari KISAH KASIH KAMU. Aku namakan ia sebagai  CINTA TAJ MAHAL. Wah…sungguh klasik lagi tajuknya.

 

Semuanya berlaku tanpa dirancang.Permulaannya hanyalah sekadar teman biasa.Dengan tiba-tiba hati wanita ini bagai dicuri oleh jejaka taj mahal.Itulah namanya cinta. Apatah lagi bagi wanita ini merupakan cinta pertamanya. Aku akui cinta pertama memang sukar kita lepaskan. Kalau boleh semahu mungkin  ingin mempertahankan perhubungan itu.

 

Bait-bait percintaan datang tanpa disedari.Hati wanita ini semakin berbunga riang. Namun perhubungan ini di tentang sama sekali oleh keluarga dan orang sekeliling. Namun wanita ini berkeras hati tetap ingin mengejar cinta sejatinya. Bukankah restu keluarga itu penting dalam satu perhubungan?  Ini cuma pendapat aku. Tapi ada juga segelintir yang tidak mengambil peduli mengenai restu keluarga.

 

Pada suatu ketika yang tidak disangka-sangka terbukti jejaka taj mahal sudah mempunyai sebuah keluarga yang cukup sempurna.Seorang isteri yang begitu naif dan juga 3 orang cahaya mata. Hancur luluh hati wanita ini pabila mendapat tahu kebenaran. Beginikah jadinya alam rumah tangga? Wahai jejaka taj mahal, mengapa kau tergamak mempermainkan hati kaum wanita yang cukup lembut??Arrrghhh……..aku tidak mengerti mengapa ini terjadi. Sejenak aku berfikir, kemudian aku dihimpit kisah silam aku yang cukup berat untuk aku terima pada mulanya. Semuanya angkara wahai kau lelaki.Diharap sekalian jangan syak wasangka, aku bukanlah anti lelaki kerana aku percaya pasti ada insan  yang mampu membuat aku bahagia di dunia akhirat.

Advertisements

Responses

  1. tajuknye sgt menawan…hihi..bisa menggoda gue utk membaca

    restu keluarga sgt penting…

    buat si gadis, kumbang bukan seekor…

  2. itu sudah tentu cik elle…..tapi berjayakah???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: