Posted by: azy a.k.a tjs | September 4, 2008

Padang-Bukit Tinggi Part 2

Holiday Indonesia Part 2

We continue our journey….Pagi-pagi lagi sudah ada yang buat kecoh. Semuanya pasal jam. Hude terjaga dari tidur jam 7.00pagi dan terus mengejutkan aku seisi bilik.

 

 

Hude : Wei bangun…kul 7 dah ni….Pak Ucup datang kul 8.00…kang tak sempat nak breakfast.

Aku:  Yer arrr…aku bangun ni…orang lain dah bangun ker?

Hude: Entah.

 

 

Aku pun bangun dengan malas n have a hot shower. Lepas mandi aku pun pergi mengetuk bilik kekawan yang lain. Sangat pelik kerana mereka masih tido sedangkan aku sudah hampir siap.

 

 

AKu: Oit…bangun-bangun…

Farah : Apesal ko awal sangat?

AKu : Awal? kul 7.15 dah ni..kang tak sempat nak breakfast…

Farah : ko  ni……..tu waktu malaysia ler……skang br pukul 6.15pagi….

Aku : hah??

 

 

DIsebabkan itu, aku adalah di antara orang-orang yang awal turun breakfast. Menikmati makanan pagi di hotel yang agak menyelerakan.(boleh tahan gak ler). Tepat pukul 8.00pagi Pak Ucuk sudah sampai dengan konco-konconya.Kiteorang bertolak ke SULAMAN HAJI ROSMA. Sulaman HJ Rosma ini adalah sekolah bordiran (sulaman). Selain itu boleh juga melontar di sini. Tapi hargenya agak mahal dan aku tidak mampu.

 

Kemudian kiteorang di bawa ke Tabik Patah. Kat sini adalah tempat perusahaan kopi dan kerepek. Sangat sedap kerepek pisaang selainyer.Kat sini kiteorang boleh rase semua kerepek yang dijual sambil menikmati kopi atau teh. (semuanya gratis aja). View kat perusahaan ini jugak agak menarik bagi aku. Setelah penat shopping and makan, then kiteorang bertolak ke Pondok Flora REst dimana terletak di kawasan sawah padi.Kat sini dijamu nasi padang jugak dan menu specialnya ialah ikan bakar. Sangat sedap makan di sini + udara yang begitu segar sekali.

 

Destinasi seterusnta ke Istana Selinduang Bulan . Istana ni agak menyeramkan gak. Bile masuk n amik pic kat dalam kamar-kamar,ade rase seram. Di istana ni ade banyak sarang tebuan yang sangat lah besar. Pak Ucuk bercerita, kononnya ade jugak orang yang pernah mengambil madu di sini, tapi setelah makan madu tersebut…after that meninggal dunia. Macam dah kene sumpahan pun ada gak . Itu yang rase seram.

 

Petang adalah aktiviti bebas. Aku dan nik pergi melontar di Pasar Atas . Banyak gak aku melontar di sini sampai kecapetan gak ler . Selesai melontar melepak kat tepi jalan .Jadi minah indon kejap. AKu memang teringin nak makan BAKSO tolak yang macam dalam cite indon tu. Tengah makan tetibe ade dua orang mamat nyanyi lagu kat kiteorang , so terpakse le sedekah rupee 1000…sebab kalu tak bagi mamat ni tak akan berganjak and buat muka seposen. Balik ke hotel aku dan nik naik kereta kuda pusing bandar .Bayaran hanya Rupee 25000 sahaja.Syok gak layan.

 

Malam ini kiteorang sudah tidak mampu makan nasi padang lagi. Dah naik jemu plak. So minta Pak Ucuk bawa kiteorang makan bakso .After dinner separuh diantara kami ade yang pergi ke SPA untuk memanjakan diri. AKu dan separuh lagi pergi ke Pasaraya Ramayana. AKu melontar lagi di sini.Aduh….bikin gue pusing aja.

Advertisements

Responses

  1. kamu melontar apa ya di ramayana…hik.hik..hik…bikin surprise lg gitu…waduh..kok kain nya kaler putih..hihiih…..

    nyaman skali b’refleksologi di spa..huhu….

  2. Bukan Rupee la….Rupiah!!..Hehe

    Ala…Teringin makan bakso tolak gak. Tapi x sempat…

  3. aku pn teringin gak, dahla ko asyik duk sebut bakso tolak lg best dari yg kat kedai tu
    haha, cik TJS, kamu di indon ya, bukan di india….

    ohh ye, teruja gak dgn kain berwarna putih yg dibeli di ramayana itu…hihihi…ehem ehem

  4. harap maaf kepada semua…gue tersilap n malas nak tukar balik…….
    kain ape yg teruja sangat di ramayana itu???

  5. hahahaah..ayat bm kau ..aku mmg tak boleh blah laaaaaaaaa…hahahah.cagher!!

  6. tu ayat campur BM and indon beb…penat aku belajar bahasa indon…hohoho


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: