Posted by: azy a.k.a tjs | April 28, 2011

now…i am a mama….

Dah lama tak tulis blog, hari ni tetibe rasa nak tulis experience start from pregnancy sampai lah lahirnya FURQQAN HULLAIFF PUTRA.

Period baru je delay a few days dah rasa excited nak buat UPT, tapi tak terbeli-beli sampailah aku terkene gastric yang teruk time bulan ramadhan.Dari office terus pegi klinik dan dapat mc halfday.Aku tak pernah gastric seteruk ini sebelum ini.Aku terus ke rumah sewa kelana jaya sebab memang tak larat nak drive balik Selayang. Lepas berbuka puasa, aku terus check UPT, n yeayyyyyyyyy……IM PREGNANT……..so dalam hati tengah pikir macam mane nak kasi tahu mr hubby….hmmmmmm

Lepas magrib baru balik Selayang, but tetibe badan aku jadi panas, demam panas le pulak.Mr hubby suh aku makan panadol jer….sekali aku pun bagi tahu yang …..SAYA PREGNANT…..tersenyum lebar terus.Terus ajak pegi klinik sedangkan masa tuh dah pukul 11.30 malam.Terpaksa cari klinik yang 24hours.Dat is the story awal-awal detect pregnant. Lepas itu barulah buat pengumuman kat family semua.

During pregnancy start dari awal, aku ada jugak alah muntah-muntah dalam 2 weeks.Sengsara jugak le.But after dat, selera makan pun bertambah ok dan menyebabkan berat aku naik 20kg sampai hari nak deliver.Dari awal pregnant aku memang sangat suka makan dan berjalan.Maybe disebabkan itu baby sangat aktif dalam perut.Tapi lagi 2 weeks aku nak deliver, aku terkene demam panas yang tak baik-baik. Memang sangat-sangat risau kalu demam ni tak sembuh, macam mane aku nak beranak nih.Disebabkan itu aku admit hospital 4 hari, alhamdulillah lepas tu keadaan aku bertambah ok.Penat mak aku tunggu kat wad.

7 April 2011 aku ade check up, and time tu tunjuk contraction sangat kuat, tapi aku tak rasa sakit pun.So doktor cakap next tuesday baru datang semula.Hari Selasa doktor check dah buka 2cm dan suruh aku admit, so the next day baru lah aku admit.Hari Rabu aku kene induce dalam pukul 2 petang.Sakit gile kene induce nih.Tepat pukul 8 malam start contraction yang kuat.Memang aku dah tak boleh duk diam and tak boleh tido.Pukul 11 malam lagi sekali doktor check tapi still baru buka 2 cm jugak, so pukul 5 pagi aku kene induce lagi sekali.Hari khamis pagi (14 april 2011) lagi sekali doktor check bukaan tapi still 2cm, maybe disebabkan baby facing ke depan menyebabkan dier tak boleh nak cari jalan keluar.Doktor terus decide untuk go for cesar.

So skang baru le start drama….Berdebar-debar jugak le aku.Perasaan macam2 ada.Nasib baik jugak lah dekat hospital ni husband boleh masuk tuk temankan wife walaupun cesar.First aku disuruh masuk dulu dalam operation room, pakar bius n nurse start membuat keje.Firstly aku dibius kat tulang belakang.Then tangan sebelah kanan masuk air , tangan sebelah kiri blood pressure.Lepas dah settle keje membius ni ntah dengan tiba2 aku termuntah.Banyak plak tu.Lepas tu semua preparation siap.Doktor yang buat cesar kat aku tu, dr kamal inform aku yang dier dah nak mula mengoperate perut aku.Kemudian baru mr hubby masuk dalam, duk sebelah aku kasi support.So macam biase le husband2 pegang tgn wife kasi support gitu.

Tiba-tiba, aku dengar bunyi baby nangis….suara anak aku nihh….dengan tidak disangka2 air mataku berguguran.Start le drama dalam bilik operation.Air mata aku uncontrol dan terus mengalir.Roper-ropernyer bukan aku sowang je yang nangis, mr hubby kite pun sama2 nangis.Tetibe over emosi plak laki bini.Then pakar bius tu plak bleh kasi tisu kat mr hubby suh lap air mata aku.Habis syahdu drama kiteorg.Lepas baby kuar dari perut, dr kamal tunjuk dekat aku.”baby boy yer puan”Macam tu le kisah nyer or experience aku.Memang sesuatu yang amat berbeza.

This is Furqqan Hullaiff Putra.

Advertisements

Responses

  1. apsal kisah syahdu ko xbpe nk syahdu nih…???…hehehehe..dh x pandai jiwang2 ke..???….ish..takut la baca psl ko kne induce tu….cm high risk je…induce kt tulang blkang ek…???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: